Kejohanan Le Tour De Langkawi 2022 edisi ke-26 telah melabuhkan tirainya dengan Ivan Sosa dari Team Movistar telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Tempat kedua dimenangi oleh Hugh Cartly dari pasukan EF Education-EasyPost, berada di kedudukan kedua. Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Torstein Træen dari pasukan Uno-X Pro Cycling Team.
Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff berjaya mempertahankan gelaran Raja Bukit atau Jersi Merah buat kali kedua berturut-turut sejak 2020.
Jersi Hijau selaku Raja Pecut pula diraih Erlend Blikra dari pasukan Uno-X Pro Cycling yang mengumpul 49 mata.
Manakala, Jambaljamts Sainbayar turut membawa keceriaan buat pasukan TSG apabila dinobatkan sebagai pelumba
Terbaik
Asia apabila meraih Jersi Putih dengan mengumpul masa keseluruhan 25:56:32s.
Bagi kategori pasukan, TSG memenangi Pasukan
Terbaik
Asia manakala Movistar Team mengungguli kategori Pasukan
Terbaik
keseluruhan.
Langkawi menjadi penamat pada edisi kejohanan kali ini dengan 2 peringkat perlumbaan iaitu Peringkat 7 sejauh 107.1km dan Peringkat 8 dengan jarak kayuhan 115.km.
Perlumbaan Peringkat 8 sehari ini dimenangi Alex Molenaar dari Burgos-BH apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 2:25:37s manakala Jason Osborne kedua. Melengkapkan pentas podium adalah Juan Sebastian Molano dari UAE Team Emirates.
Perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) untuk edisi akan datang kekal dengan status ‘pro-series’ bermula tahun 2023 sehingga 2025.