Mesyuarat Penutup Pengauditan Prestasi telah dilaksanakan pada 31 Julai 2023 bersama pihak Jabatan Audit Negara (JAN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancangan & Pembangunan), YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani@Abd Ghani dan pegawai LADA. Turut menghadiri mesyuarat berkenaan adalah pegawai daripada pelbagai agensi di Langkawi seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan serta pegawai daripada Kementerian Kewangan dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.