22 Mac 2024 (Jumaat) – Alhamdullillah UKK LADA dan Kelab Sukan Dan Kebajikan LADA telah menjalinkan kerjasama strategik dalam penganjuran Majlis Kasih Ramadan 2024 bertempat di Ombak Villa Langkawi. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 690 orang kakitangan LADA, ahli keluarga, agensi-agensi kerajaan, komuniti, pelajar tahfiz dan lain-lain.

Majlis tersebut turut dihadiri tetamu kehormat, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, merangkap Pengerusi Bersama LADA. YBHg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah menyampaikan surat serahan Projek Kecil Komuniti LADA kepada 14 wakil komuniti/ organisasi. Sumbangan ini merangkumi kategori projek kecil melibatkan keagamaan, kemudahan awam dan pendidikan.

Majlis diserikan dengan sumbangan kepada tahfiz dan sumbangan duit pra-raya kepada anak-anak kakitangan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak Kelab Sukan Dan Kebajikan LADA.

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #jalinankasihramadan2024