19 Jun 2020

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan telah meluangkan masa selama hampir 2 jam bersama kumpulan anak muda di sebuah rumah yang dipanggil Rumah Kita Kitar. Sesuai dengan namanya, rumah ini dijadikan tempat untuk anak muda ini berkumpul dan melaksanakan aktiviti mengitar semula barang terpakai/dibuang seperti botol kaca, botol plastik, pukat yang hanyut, dan juga kayu terbuang. Bahan-bahan ini diguna semula untuk membina rumah dan tempat mereka berkumpul. Ada juga barang yang dijadikan sebagai hasil arca seni.
Selain itu, kumpulan ‘Beach Boy’ ini juga mempunyai stesen radio secara atas talian. Menariknya, mereka ini terdiri dari pekerja yang terlibat dengan aktiviti pantai seperti jet ski, banana boat, kayak dan papan luncur.
Setelah itu, Dr. Hezri turut berkunjung ke Pantai Tengah bagi melihat sendiri aktiviti ‘beach boy’ yang gemar sukan meluncur air.

#PelanTindakanPemulihanEkonomiLangkawi
#KitaJagaLGKW