bicycle

About bicycle

This author has not yet filled in any details.
So far bicycle has created 1530 blog entries.

KURSUS PEMBUATAN MAKANAN SEJUK BEKU KERJASAMA LADA BERSAMA PEJABAT KEMAS LANGKAWI

Langkawi, 8 Mac 2023 - Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku telah diadakan pada 7 dan 8 Mac 2023 bertempat di Pejabat KEMAS Daerah Langkawi. Kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Langkawi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada usahawan dan bakal usahawan Langkawi bagi menceburi bidang perniagaan [...]

KURSUS PEMBUATAN MAKANAN SEJUK BEKU KERJASAMA LADA BERSAMA PEJABAT KEMAS LANGKAWI2023-05-15T15:10:46+08:00

SESI TAKLIMAT BERKAITAN PEMBANGUNAN LANGKAWI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA

8 Mac 2023, Langkawi - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menjemput Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian berkaitan Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) dan Langkawi Tourism Recovery Plan (T-REC) di The Frangipani Langkawi Resort. MBJB bersama agensi-agensi kerajaan di Johor Bahru dalam lawatan penanda aras selama 3 hari di Langkawi [...]

SESI TAKLIMAT BERKAITAN PEMBANGUNAN LANGKAWI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA2023-05-15T15:07:44+08:00

LADA MELETAKKAN LANGKAWI DALAM PETA DUNIA PELANCONGAN DI ITB BERLIN 2023

7 Mac 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kembali lagi untuk meletakkan Pulau Langkawi yang indah di dalam peta dunia dengan mengambil bahagian dalam ITB Berlin 2023 yang sangat dinanti-nantikan. Program ini telah berlangsung dari 7 hingga 9 Mac 2023 di Berlin ExpoCenter City, sebuah ruang pameran serba canggih seluas 190,000 m² yang terdiri daripada [...]

LADA MELETAKKAN LANGKAWI DALAM PETA DUNIA PELANCONGAN DI ITB BERLIN 20232023-05-15T15:02:47+08:00

PROGRAM BICARA INTEGRITI TAHUN 2023 – “Menjaga Integriti Diri & Jabatan. Apa Yang Perlu Kita Lakukan?“

05 Mac 2023 - Unit Integriti LADA telah menganjurkan Program Bicara Integriti bertajuk "Menjaga Integriti Diri & Jabatan. Apa Yang Perlu Kita Lakukan?" yang telah dihadiri seramai 125 orang warga kerja LADA dan anak syarikat LADA. Penceramah jemputan adalah YBhg. Prof Dr. Haim Hilman Abdullah, Profesor dari Universiti Utara Malaysia. Objektif penganjuran program ini adalah [...]

PROGRAM BICARA INTEGRITI TAHUN 2023 – “Menjaga Integriti Diri & Jabatan. Apa Yang Perlu Kita Lakukan?“2023-05-15T14:51:22+08:00

LANGKAWI TERPILIH MEWAKILI MOF MELALUI BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO) ICU JPM Bil.2/2022, Kementerian Kewangan (MOF) yang telah bersidang pada 27 Februari 2023, Langkawi telah terpilih untuk mewakili MOF melalui Pembangunan Projek Di Pulau Langkawi atau Blueprint Pelancongan Langkawi (BPL). Sebanyak 86 program dan projek telah dilaksanakan melalui 13 inisiatif di bawah 3 kluster utama iaitu Produk, Infrastruktur [...]

LANGKAWI TERPILIH MEWAKILI MOF MELALUI BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI2023-05-15T11:20:20+08:00

MAJLIS PENUTUP PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah selesai membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan LADA (PSP LADA) 2022-2026 yang kelak akan menjadi panduan dan hala tuju program pendigitalan LADA bagi tempoh lima tahun akan datang. Justeru, satu Majlis Penutup Pembangunan PSP LADA 2022-2026 telah diadakan dengan kehadiran pihak MAMPU [...]

MAJLIS PENUTUP PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN LADA2023-05-15T10:14:14+08:00

LAWATAN PENANDA ARAS OLEH KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU

2 Mac 2023 - LADA telah menerima satu lawatan rasmi daripada pegawai dan kakitangan Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu. Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh Yang Mulia Haji Raja Izuddin bin Haji Raja Ahmad, Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu. Sesi perkongsian berkaitan fungsi jabatan dan pembangunan pelancongan di Langkawi telah disampaikan oleh Puan Nordiana [...]

LAWATAN PENANDA ARAS OLEH KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU2023-05-15T10:09:57+08:00

JARINGAN KERJASAMA SEKTOR PELANCONGAN LANGKAWI – SATUN

Langkawi, 1 Mac 2023 – LADA telah mengadakan Sesi Business To Business (B2B) antara pemain industri Langkawi dan Satun. Program B2B ini telah diadakan pada 1 Mac 2023 di Goldsands Hotel, Langkawi. LADA telah menerima seramai 22 orang pengusaha pelancongan daripada Satun untuk menyertai Sesi B2B ini. Bagi tujuan B2B ini juga, LADA telah menjemput [...]

JARINGAN KERJASAMA SEKTOR PELANCONGAN LANGKAWI – SATUN2023-05-15T09:31:13+08:00

LANGKAWI TOURISM INDUSTRY HOTEL MEETUP FOR PRODUCTIVITY

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui inisiatif Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan sesi libat urus bertujuan memperkenalkan inisiatif-inisiatif di bawah Nexus Produktiviti Pelancongan bagi meningkatkan produktiviti perusahaan. Sesi libat urus pada 28 Februari 2023 diadakan di Kompleks LADA, manakala 1 Mac 2023 diadakan di Hotel Frangipani yang melibatkan lebih [...]

LANGKAWI TOURISM INDUSTRY HOTEL MEETUP FOR PRODUCTIVITY2023-05-15T08:59:25+08:00

PROGRAM GOTONG – ROYONG DI TAMAN LAGENDA SEMPENA ULANG TAHUN LADA KE-33

Program gotong-royong sempena Sambutan Ulang Tahun LADA yang ke-33 telah diadakan pada 1 Mac 2023 melibatkan kerja-kerja mengecat hardscape. Gotong-royong ini melibatkan 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan LADA. Program ini juga bertujuan untuk menceriakan kawasan Taman Lagenda sekaligus mengeratkan hubungan silatulrahim antara keluarga LADA.

PROGRAM GOTONG – ROYONG DI TAMAN LAGENDA SEMPENA ULANG TAHUN LADA KE-332023-05-15T08:55:52+08:00
Go to Top