Langkawi, 16 Mac 2022 – Sempena Sambutan Ulang Tahun LADA Yang Ke-32, Program Hari Bertemu Pelanggan telah diadakan pada hari ini bertempat di Aras M1, Kompleks LADA.

Pelanggan berpeluang untuk membuat pertanyaan mengenai status pembayaran, aduan perumahan dan aduan pelbagai. Produk geopark (GeoFood) juga dipamerkan dan tersedia untuk jualan kepada para pengunjung. Selain itu, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma turut disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

LADA akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti Langkawi.

#UlangTahunLADAKe32
#DedikasiMelakarAspirasi
#HariBertemuPelanggan