Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengendalikan seramai 30 alumni daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menyertai program pembersihan mingguan IGSC di Pantai Teluk Mempelam yang terletak di Pulau Langgun. Kumpulan ini telah mengumpul kira-kira 150 kg sisa marin di sepanjang pantai dan berjaya membersihkan tapak perkhemahan yang sebelum ini diabaikan disebabkan oleh tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Sebagai tapak geologi yang penting, Teluk Mempelam akan menjalani beberapa kerja penyelenggaraan tidak lama lagi bagi memastikan ianya boleh diakses oleh pelawat dan pelancong untuk menikmati keajaiban semula jadi dan keindahan geologi pulau itu. Taklimat ringkas telah diberikan terlebih dahulu mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark kepada para peserta.

Terima kasih kepada pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menyokong usaha LADA sebagai penjaga UNESCO Global Geopark di Langkawi untuk mengurangkan jumlah sampah terapung yang ditemui di perairan pulau ini. Program ini bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan keindahan Pulau Langkawi agar kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk setempat.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
Jom sertai kami untuk membersihkan Pulau Langkawi.

Lebih ramai lebih meriah!

#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean
#LangkawiBestWey