Langkawi, 10 Februari 2022 – Persatuan Pelayaran Kedah (KSA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) telah menganjurkan Kejohanan LADA Langkawi International Regatta Perdana Kali Ke-18 2022 dari 10 hingga 13 Februari 2022 bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (MSN), Langkawi.

Seramai 220 orang peserta daripada 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini. Kejohanan yang mendapat pengiktirafan World Sailing Grade 3 ini mempertandingkan tujuh kategori acara iaitu Laser Standard (ILCA 7), Laser Radial (ILCA 6), Laser 4.7 (ILCA 4), International 470 (Mix), International 420, Windsurfing (RS:One) dan Windsurfing (Bic Techno).

Majlis perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA.