30 Jan 2023 – LADA telah menerima satu kunjungan hormat oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Delegasi ini diketuai oleh Encik Mohd Khairuzamri bin M Salleh, Ketua Pengarah LPNM dan 14 orang pegawai. Dalam kunjungan hormat ini, Tuan Ketua Pengarah mengambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat “Potensi Industri Nanas Di Pulau Langkawi” kepada LADA serta mengusulkan beberapa cadangan potensi kerjasama antara agensi bagi memajukan industri berasaskan agro-pelancongan di Langkawi.

LADA diwakili oleh Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan). Turut hadir Puan Mariam binti Tajudin dan Puan Siti Norsuhada binti Che Man dari Bahagian Perancangan serta Puan Lina Azlina binti Zali dari Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan.

Antara fungsi utama LPNM seperti diperuntukan di bawah Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990) (Akta 427) adalah membiayai program-program penyelidikan agronomi dan penyelidikan pemprosesan yang berkaitan industri nanas. Merunding perjanjian harga dan gred buah nanas yang dijual ke kilang-kilang nanas berdaftar dan lain-lain.

Sumber: https://www.mpib.gov.my/