Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Langkawi telah mengadakan Kursus Pembuatan Jeli Kelapa dan Coconut Milkshake pada 08 November 2022 bertempat di Pusat Agro Padang Matsirat, Langkawi Kedah. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang usahawan Langkawi turut dirasmikan oleh Puan Lina Azlina binti Zali, Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, LADA.

Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk melahirkan usahawan berdaya maju dalam penghasilan produk hiliran kelapa. Selain itu, melalui kursus ini para usahawan dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkat kemahiran dalam pemprosesan produk hiliran kelapa serta dapat mempelbagaikan produk hasilan daripada kelapa. Melalui kursus ini usahawan diberi pendedahan berkaitan aditif makanan, kelapa potong, pembuatan jeli kelapa pandan dan coconut milkshake.

Pihak LADA sentiasa cakna dalam memastikan usahawan-usahawan Langkawi diberi sokongan dan bantuan melalui pelbagai program dan aktiviti yang diadakan. Diharapkan usaha yang diambil ini dapat menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam sektor hiliran berasaskan kelapa serta terus mengambil peluang meneroka bidang perniagaan baru. Kerjasama strategik antara agensi akan turut diteruskan bagi memastikan program pembangunan usahawan Langkawi sentiasa diadakan bagi memastikan usahawan Langkawi sentiasa berdaya saing.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA