Lawatan tapak projek oleh YBrs. Tuan Haji Zairi bin Mat Ali, Setiusaha Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan (SBDSP), Kementerian Kewangan Malaysia ke tapak projek kerja menaiktaraf dewan MIEC, Langkawi dan pembinaan bangunan asrama pelajar, kafetaria dan kemudahan-kemudahan lain di Langkawi Tourism Academy (LTA) @ Kolej Komuniti Langkawi.
Lawatan tapak projek ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif sektor Perancangan dan Pembangunan (TKPE PP), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), diiringi oleh pengurus bahagian Kejuruteraan Teknikal, Kewangan, dan Unit Pemantauan dan Pelaksanaan. Turut hadir pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Langkawi dan kontraktor kedua-dua projek.
Lawatan tapak projek ini bertujuan untuk melihat kemajuan projek terkini sama ada mengikut jadual atau lewat jadual.