Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Majlis Pelancaran #InisiatifPelancongan @Helang pada 15 Ogos 2020 bertempat di 101 Paradise Island. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (@HELANG) bermatlamat untuk memulihkan dan memperkasakan ekonomi komuniti di Langkawi, menjenamakan semula Langkawi sebagai destinasi yang selamat, bersih dan lestari serta mempromosikan pelancongan Langkawi secara berfokus.

Antara program yang akan dilaksanakan di bawah inisiatif pelancongan adalah Langkawi Great Sales, Langkawi Travel Fair, 7 Legendary Trail dan Kuah Down Memory Lane Trail /Guide Book. Selain itu, satu sesi sidang media turut diadakan di dalam majlis tersebut.

#HalaTujuEkonomiLangkawi
#StrategiPenjenamaanSemulaLangkawi
#KitaJagaLangkawi