Majlis Perasmian Machinchang Strawberry Farm telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB. Program kerjasama antara PLSB dan Lang Agro Sdn. Bhd. ini dilihat akan memberikan pengalaman baru kepada pengunjung pulau ini. Projek ini adalah projek perintis tanaman strawberry hidroponik di Langkawi. Sebagai permulaan, sebanyak 400 pokok strawberry telah ditanam di Puncak Gunung Machinchang.
#machinchangstrawberryfarm #langkawi #langkawiskycab #langkawiskybridge