17 Julai 2020 – LADA telah mengendalikan mesyuarat berkenaan cadangan pindaan Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) bertempat di Ombak Villa. Sesi mesyuarat ini telah diadakan bersama wakil Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara akan kesesuaian pindaan yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan tadbir urus LADA. Tindakan ini adalah bagi memastikan setiap urus tadbir yang disempurnakan selari dengan fungsi dan peranan LADA pada masa kini. Ianya juga diperhalusi demi memastikan kesinambungan pembangunan Pulau Langkawi dapat diteruskan dan memberikan limpahan pulangan kepada masyarakat setempat di masa hadapan.

#KitaJagaLGKW