Program ini telah diadakan pada 23 Jun 2020 menggunakan platform Cisco Webex yang mana telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 182 peserta dari Malaysia dan Indonesia. Tujuan program ini bagi memberi pendedahan berkenaan pengurusan dan pembangunan sesuatu geotapak di dalam satu geopark agar dibangunkan memenuhi kriteria pembangunan lestari dan memenuhi kehendak komuniti dalam konteks pelancongan. Selain itu, panel-panel bagi program ini adalah terdiri daripada wakil kedua-dua negara iaitu Profesor Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Timbalan Presiden Global Geopark Network, Profesor Dr. Che Aziz Ali, Pengerusi Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, Ir. Budi Martono, Pengurus Besar Gunung Sewu UGGp, dan Ir. Hanang Samodra, Peneliti Ahli Utama, Badan Geologi, Kementerian ESDM. Manakala moderator bagi program ini adalah wakil dari LADA iaitu En. Azmil Munif Mohd Bukhari yang juga merupakan Jawatankuasa Penasihat Asia Pasicif Geopark Network selain wakil dari Indonesia iaitu Bapak Togu Pardede (Timb Pengarah Geologi, Perlombongan dan Geothermal di BAPPENAS).

#PelanTindakanPemulihanEkonomiLangkawi
#KitaJagaLGKW