Langkawi, 31 Mei 2022 – Program GeoWalk yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) Kali Ke-15 menampilkan penyertaan dari Kelab Langkawi Geopark Guide, Geopark Ambassador, Geopark Partner dan komuniti Langkawi.
Kumpulan ini telah memulakan misi berjalan kaki sejauh 90 km mengelilingi Pulau Langkawi dalam tempoh 24 jam dengan merentasi 15 buah geotapak. Dengan membawa misi semangat ‘Geopark: GeoWalk for Healthy Tourism’, program ini diharap dapat memberi motivasi kepada lebih ramai pihak dalam menggerakkan lagi pelbagai agenda geopark di pulau ini. Program ini bermula pada jam 10.00 pagi, 31 Mei dan dijangka akan berakhir pada jam 10.00 pagi, 1 Jun 2022 di Kompleks LADA.