Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekali lagi menganjurkan program yang sangat diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat iaitu program pembiakan karang dan juga pembersihan pantai serta kawasan sekitar.
Program yang dianjurkan pada 26 Oktober 2022 ini telah berjaya menarik penyertaan hampir 100 peserta yang terdiri daripada pelajar, pemain industri pelancongan, agensi kerajaan dan NGO sebanyak 30 rak karang telah diturunkan disekitar perairan pulau pasir yang merupakan tapak kepada arca dasar laut yang diperkenalkan kepada pelancong pada bulan Julai yang lalu.
Semoga usaha ini akan membantu Langkawi untuk lebih dikenali tidak hanya sebagai pulau peranginan terkemuka tetapi turut dikenali sebagai pulau yang mempunyai aktiviti konservasi yang menarik.