Langkawi, 28 Februari 2023 – Adik Muhamad Zahir Naiman bin Ismail membuktikan bahawa tekad dan semangat juang yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya berlayar secara solo sejauh 21.6 batu nautika atau hampir 40 km dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Setibanya beliau kira-kira jam 4 petang di Kompleks Perahu Layar Dayang Bay, adik Zahir Naiman disambut oleh wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan dan dif kehormat. Turut hadir meraikan kejayaan bersejarah hari ini adalah Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan), LADA.

Pada majlis yang sama, upacara penyampaian sijil Malaysia Book of Records telah disampaikan kepada Adik Zahir Naiman atas rekod yang telah tercipta iaitu Pelayar Solo Termuda Kuala Perlis-Langkawi.

Tahniah Adik Zahir Naiman! Semoga kejayaan ini akan memberikan inspirasi kepada anak muda Langkawi untuk mengecapi lebih banyak kejayaan terbilang.

#TanggungjawabSosialKorporat
#CSRLADA