Langkawi, 21 Mac 2022 – Satu sesi taklimat berkaitan perkembangan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) telah diadakan di Hotel St. Regis Langkawi bersama Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah DKH., DKYR., SHMS.,SSDK.,PAT., J.P., Hon. PhD (UUM)., PhD (KUIN)., Hon. PhD (UPNM) selaku Penaung Diraja LUGGp.

Dalam sesi ini, YTM Tunku Temenggong telah dimaklumkan mengenai status semasa perkembangan Global Geoparks Network (GGN) dan Geopark Kebangsaan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Penasihat LUGGp. Pembentangan laporan pengurusan LUGGp bagi tahun 2020-2021 juga turut dikendalikan oleh Encik Azmil Munif bin Mohd Bukhari sebagai Pengurus LUGGp.

Melalui kesempatan ini juga, beberapa isu pemuliharaan yang menjadi perhatian YTM Tunku Temenggong turut dibincangkan bersama. Pemakluman berkenaan persediaan LUGGp ke arah penilaian semula geopark pada tahun 2023 juga dikongsikan dalam sesi ini.