6 Jun 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan menitah mengadap YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LADA bersama YBrs. Tn Hj Ahmad Fuad bin Che Ani@Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan YBrs. Dr Azmil Munif bin Mohd Bukhari, Pengurus LUGGp bertempat di Istana Darul Aman, Jalan Bukit Tunku, Kuala Lumpur bagi pembentangan status pelancongan terkini Pulau Langkawi dan Geopark Langkawi. Majlis sembah mengadap ini turut disertai oleh Dato’ Paduka Haji Bakar Bin Din (Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja) dan YB Dato’ Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.