Langkawi, 5 Jun 2023 – The Datai Langkawi Resort di bawah program ‘The Datai Pledge’ bersama-sama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyatukan beberapa agensi, NGO dan komuniti di Langkawi untuk meraikan inisiatif usaha berterusan terhadap alam sekitar yang telah dilaksanakan bagi mencapai SDG berikut: 11 – Bandar dan komuniti lestari, 14 – Kehidupan di bawah air dan 17 – Rakan kongsi untuk mencapai matlamat.

Kerja-kerja membersihkan pantai telah dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu Pulau Jemuruk dan Pantai Pasir Putih, kedua-dua lokasi tersebut merupakan tempat perkhemahan popular di kalangan pencinta alam semula jadi di pulau ini. Sekitar 400 kilogram sampah plastik telah dikumpulkan bersama-sama dalam satu hari yang kemudiannya diserahkan kepada E-Idaman Sdn. Bhd. untuk dikitar semula di Pusat Kitar Semula Drive Thru (DTRC) mereka yang terletak di Kelibang.

Program ini akan dijalankan serentak dengan program ‘Idaman Geosite Clean-Up’ yang dikendalikan oleh LADA setiap minggu.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

Terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Langkawi UKM, Friends of Langkawi Geopark (FLAG), The Datai, Pejabat Hutan Daerah Langkawi (PHDL), Komuniti Nelayan Kampung Kubang Badak, Encik Joey dari Dream Forest Langkawi & E-Idaman Sdn Bhd.

“Inspiring Earth Heritage: Islanders Pride”

#IdamanGeositeCleanUp
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi
#LetsKeepOurIslandClean
#langkawibestwey
Langkawi UNESCO Global Geopark