Monthly Archives: Julai 2022

KEMPEN PROMOSI NATURALLY LANGKAWI DI ARABIAN TRAVEL MARKET

Dubai, 12 Mei 2022 - Arabian Travel Market (ATM) 2022 telah melabuhkan tirai setelah empat hari penganjurannya. Pameran ini disertai oleh kira-kira 1,500 pempamer dari negara-negara Asia, Eropah, Afrika dan Timur Tengah yang mewakili hotel, syarikat penerbangan, agensi serta syarikat perkhidmatan teknologi pelancongan terkemuka dunia. Mewakili Malaysia bagi penyertaan kali ke-28, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) [...]

KEMPEN PROMOSI NATURALLY LANGKAWI DI ARABIAN TRAVEL MARKET2022-09-19T10:01:53+08:00

LAWATAN KE PUSAT AKTIVITI PERSATUAN WARGA EMAS LANGKAWI (PAWE)

Langkawi, 12 Mei 2022 - YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah berkunjung ke Pusat Aktiviti Persatuan Warga Emas (PAWE) yang terletak di kawasan Klinik Kesihatan Kuah. Turut hadir bersama ialah Encik Azhar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi. Pusat ini aktif dalam menganjurkan pelbagai program dan [...]

LAWATAN KE PUSAT AKTIVITI PERSATUAN WARGA EMAS LANGKAWI (PAWE)2022-09-19T10:01:58+08:00

KHABAR BAIK – AIRASIA BUKA EMPAT PENERBANGAN TERUS DARI SINGAPURA KE LANGKAWI

Langkawi, 29 April 2022 – Sebanyak empat penerbangan terus dari Singapura ke Langkawi mula beroperasi pada hari ini. Penerbangan AK733 milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad antara yang telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) dengan membawa 180 orang pelancong terus dari Kota Singa ke Pulau Mahsuri. “Penerbangan berjadual sebanyak empat kali seminggu [...]

KHABAR BAIK – AIRASIA BUKA EMPAT PENERBANGAN TERUS DARI SINGAPURA KE LANGKAWI2022-09-19T10:02:04+08:00

BICARA ILMU MENUTUP TIRAI PROGRAM LADA IMARAH MASJID SEMPENA RAMADHAN 1443H

Langkawi, 26 April 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Istiqamah, Kuala Teriang telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Siri 1/2022 di masjid tersebut. Pengisian bagi program bicara ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu YBhg. Syeikh Muhammad Fauwaz bin Dato' Syeikh Abdullah dengan kupasan tajuk "Mungkinkah Ini Ramadhan Terakhir Buatku?". Program [...]

BICARA ILMU MENUTUP TIRAI PROGRAM LADA IMARAH MASJID SEMPENA RAMADHAN 1443H2022-09-19T10:02:08+08:00

PENYERAHAN RUMAH JUAL TAMAN NILAM (JENIS B)

Langkawi, 25 April 2022 – YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini telah menyempurnakan penyerahan rumah jual Taman Nilam (Jenis B) kepada lima orang penerima kunci sekitar jam 3.00 petang hari ini. Turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, [...]

PENYERAHAN RUMAH JUAL TAMAN NILAM (JENIS B)2022-09-19T10:02:13+08:00
Go to Top