Terkini

KEJAYAAN USAHAWAN TAPAWFOOD SERVICE – INSPIRASI ANAK MUDA LANGKAWI

Aplikasi Penghantaran Makanan TapawFood mula dilancarkan pada Mac 2020 dan telah dibangunkan oleh anak muda kelahiran Langkawi sendiri. Aplikasi ini bukan sahaja menjadi platform penghantaran makanan kepada pelanggan namun turut membuka peluang perniagaan kepada penduduk Langkawi. Sehingga kini, TapawFood bekerjasama dengan hampir 400 restoran dan peniaga kecil dalam menyediakan variasi makanan dan minuman kepada pelanggan [...]

KEJAYAAN USAHAWAN TAPAWFOOD SERVICE – INSPIRASI ANAK MUDA LANGKAWI2021-08-07T11:22:30+08:00

PROJEK CENDAWAN TIRAM

Berita baik kepada warga Langkawi! Jana pendapatan anda dengan menerokai dunia pertanian! LADA melaksanakan inisiatif bagi membantu anda, penduduk tetap Langkawi yang terkesan akibat COVID-19 dengan peluang menjana pendapatan dalam dunia pertanian. Peluang ini terbuka kepada setiap individu yang menepati syarat-syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Dapatkan borang permohonan di pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/1_05Pnnirs3KMraH71EjX-Lv6FlcSBMO4/view?fbclid=IwAR2yQJApJqQ6W-Gmf1dvMIpykOkDJb1KITpvEiceA9cbyqzsc_SqO7EbMQg [...]

PROJEK CENDAWAN TIRAM2021-08-07T11:19:16+08:00

KISAH KEJAYAAN PESERTA KURSUS PEMBUNGKUSAN, PELABELAN DAN PENJENAMAAN PRODUK ANJURAN LADA

Mengambil tempahan sejak tahun 2010, pengusaha ketupat palas asli, Puan Wardina Che Halim, 39 tahun, kini menerima tempahan ketupat yang kian meningkat saban hari terutamanya ketika musim perayaan. Beliau merupakan salah seorang peserta Kursus Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan Produk yang telah dianjurkan oleh LADA. Penganjuran kursus ini membantu dalam menambah baik pembungkusan produk beliau agar [...]

KISAH KEJAYAAN PESERTA KURSUS PEMBUNGKUSAN, PELABELAN DAN PENJENAMAAN PRODUK ANJURAN LADA2021-08-07T11:15:20+08:00

KEJAYAAN PESERTA KURSUS APLIKASI TEKNOLOGI RETORT ANJURAN LADA

Kursus Aplikasi Teknologi Retort anjuran LADA pada bulan April baru-baru ini telah membantu perniagaan Puan Che Sam Ahmad untuk meluaskan pasaran produk beliau ke luar Langkawi. Kursus ini juga telah memberi pendedahan kepada beliau tentang kemahiran pemasaran melalui media sosial dan proses menjadikan produk pes sup beliau tahan lebih lama. Jom ikuti perkongsian beliau melalui [...]

KEJAYAAN PESERTA KURSUS APLIKASI TEKNOLOGI RETORT ANJURAN LADA2021-07-28T16:39:14+08:00

LADA BANTU USAHAWAN TANI PELUANG EKONOMI BARU

YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) turun padang meninjau projek penanaman tebu oleh Encik Fairus bin Mohd Zuki di Kampung Nyior Chabang dan projek penternakan itik oleh Puan Naimah binti Ismail di Kampung Bohor Merah. Kedua-dua usahawan tani Langkawi ini menerima bantuan memulakan perniagaan Peluang Ekonomi Baru di [...]

LADA BANTU USAHAWAN TANI PELUANG EKONOMI BARU2021-07-28T14:57:27+08:00

USAHA KE ARAH LANGKAWI BEBAS COVID-19 – SUKARELAWAN LADA TAMPIL MEMBANTU DI PPV DEWAN AS-SYIFA

Misi bantuan sukarelawan LADA dalam proses pemberian vaksin kepada komuniti Langkawi diteruskan, kali ini turut melibatkan PPV Dewan As-Syifa di Padang Matsirat. Selama lima hari bermula 7 hingga 13 Julai 2021, beberapa kakitangan LADA telah bertugas di PPV tersebut untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sepanjang tempoh tersebut, antara tugas penting yang dilaksanakan oleh [...]

USAHA KE ARAH LANGKAWI BEBAS COVID-19 – SUKARELAWAN LADA TAMPIL MEMBANTU DI PPV DEWAN AS-SYIFA2021-07-25T16:16:15+08:00

LADA BANTU PPVI LICC

LADA BANTU PPVI LICC 17 Julai 2021|Komuniti, Terkini Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kelab Sukan dan Kebajikan LADA, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutunya telah menjalin kerjasama dengan Kelab Rekreasi dan Iktisad Hospital Langkawi (KRIS) bagi menyalurkan sumbangan CSR untuk kegunaan Pusat Pemberian Vaksin Integrasi (PPVI) di Langkawi International Convention Centre (LICC). Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan [...]

LADA BANTU PPVI LICC2021-07-25T16:12:57+08:00

LADA SANTUNI KOMUNITI MELALUI SUMBANGAN CSR

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) meneruskan inisiatif menyantuni pemain industri pelancongan Langkawi yang terkesan dari segi sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19. Siri ke-3 Program Bakul Prihatin CSR LADA diteruskan dengan sesi sumbangan kepada pemandu bot pelancong yang beroperasi di Jeti Kilim dan Jeti Teluk Baru. LADA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Pelancongan Langkawi [...]

LADA SANTUNI KOMUNITI MELALUI SUMBANGAN CSR2021-07-12T11:00:18+08:00

KEJAYAAN PESERTA PROJEK RINTIS LADA-PLSB FARM DI LANGKAWI

LADA bersama anak syarikat iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) telah bekerjasama bagi menjayakan projek tanaman sayur-sayuran untuk membantu komuniti yang terkesan oleh pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara dan dunia. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) yang bertujuan memberi galakan kepada komuniti Langkawi untuk menceburi sektor ekonomi [...]

KEJAYAAN PESERTA PROJEK RINTIS LADA-PLSB FARM DI LANGKAWI2021-07-12T10:51:08+08:00

SEMANGAT KE ARAH IMUNITI BERKELOMPOK – SUKARELAWAN LADA SEDIA MEMBANTU KOMUNITI

Sukarelawan LADA yang terdiri daripada kakitangan jabatan ini bertungkus lumus bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi (KSL). Senario ini membayangkan betapa gigihnya usaha kerajaan untuk membendung penularan wabak ini yang telah menjejaskan kesihatan [...]

SEMANGAT KE ARAH IMUNITI BERKELOMPOK – SUKARELAWAN LADA SEDIA MEMBANTU KOMUNITI2021-06-24T16:32:14+08:00
Go to Top