Monthly Archives: Januari 2022

LAGI EMPAT KOMUNITI TERIMA PROJEK SIAP SUMBANGAN LADA

Langkawi, 4 Januari 2022 – Sebanyak empat lagi projek kecil komuniti yang telah selesai pada tahun 2021 diserahkan kepada komuniti tempatan melalui Unit Khidmat Korporat bagi pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Projek-projek tersebut melibatkan Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Nur Al-Naim Bukit Temin, Surau Kampung Nyior Chabang, Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Al-Huda Padang Matsirat [...]

LAGI EMPAT KOMUNITI TERIMA PROJEK SIAP SUMBANGAN LADA2022-09-19T11:25:35+08:00

NATURALLY LANGKAWI DI EXPO 2020 DUBAI SEMPENA ECOTOURISM WEEK

Dubai, 31 Disember 2021 - Langkawi telah menyertai Ecotourism Week @ Malaysia Pavilion di Expo 2020 Dubai bersama pihak Tourism Malaysia dari 26 hingga 31 Disember 2021. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), naturalis Langkawi dan ejen pelancongan Morahols Travel Sdn. Bhd. telah berganding bahu mempromosikan Langkawi di ekspo pelancongan terkemuka dunia [...]

NATURALLY LANGKAWI DI EXPO 2020 DUBAI SEMPENA ECOTOURISM WEEK2022-09-19T11:25:45+08:00

LADA SERAH TIGA PROJEK KECIL KEPADA KOMUNITI

Langkawi, 30 Disember 2021 – Sebanyak tiga projek kecil komuniti yang telah disempurnakan pada tahun 2021 diserahkan kepada komuniti Langkawi. Sesi ini telah dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui Unit Khidmat Korporat. Antara projek kecil komuniti yang terlibat adalah Surau Sekolah Kebangsaan Kelibang, Masjid At-Tasnim Kampung Bayas dan Maahad Tahfiz An-Nabawi Langkawi. Sesi serahan [...]

LADA SERAH TIGA PROJEK KECIL KEPADA KOMUNITI2022-09-19T11:25:48+08:00

PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN LANGKAWI INTERNATIONAL TRAVEL BUBBLE & MALAYSIA DINNER @ EXPO 2020 DUBAI

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri telah melancarkan Malaysia Package dengan kerjasama agensi pelancongan Al Rais Dubai pada 29 Disember 2021. Antara yang dilancarkan termasuk Pakej Pelancongan Langkawi International Travel Bubble yang dijual kepada pelancong antarabangsa. Turut serta ialah YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif [...]

PELANCARAN PAKEJ PELANCONGAN LANGKAWI INTERNATIONAL TRAVEL BUBBLE & MALAYSIA DINNER @ EXPO 2020 DUBAI2022-09-19T11:25:54+08:00

SESI PENYERAHAN SURAT PROJEK KECIL KOMUNITI TAHUN 2021

Langkawi, 28 Disember 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan sesi serahan surat projek kecil komuniti yang telah siap dilaksanakan sepanjang tahun 2021 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi, Surau Taman Seri Berlian, Tabika KEMAS Kampung Kuah, Masjid Al-Qadim Kuah dan Surau Kampung Kuah. Sesi serahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Rohaizad bin [...]

SESI PENYERAHAN SURAT PROJEK KECIL KOMUNITI TAHUN 20212022-09-19T11:25:59+08:00

PENYERAHAN BANTUAN PERNIAGAAN KEPADA SYARIKAT ALAZAT RESOURCES

Langkawi, 29 Disember 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyalurkan bantuan perniagaan kepada Alazat Resources melalui pembelian ‘semiautomatic blower machine’ bagi pihak syarikat berkenaan. Penyerahan mesin ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembukaan Projek [...]

PENYERAHAN BANTUAN PERNIAGAAN KEPADA SYARIKAT ALAZAT RESOURCES2022-09-19T11:26:03+08:00

LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI MBSJ KE LADA

Langkawi, 26 Disember 2021 – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan satu lawatan penanda aras ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. TPr. Noraini binti Roslan, Datuk Bandar Subang Jaya dan disertai oleh 12 orang wakil pengurusan serta kakitangan MBSJ. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan amalan pengurusan [...]

LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI MBSJ KE LADA2022-09-19T11:26:08+08:00

PROGRAM BICARA ILMU: REZEKI BARAKAH DI MUSIM SUSAH

Langkawi, 20 Disember 2021 – Program Bicara Ilmu anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah dilangsungkan di Masjid A’ishah, Sungai Menghulu. Program berbentuk kuliah agama ini menampilkan YBhg. Ustaz Elyas bin Ismail sebagai penceramah dengan kupasan tajuk “Rezeki Barakah di Musim Susah”. Program yang dihadiri seramai 300 orang jemaah masjid ini merupakan salah satu program yang [...]

PROGRAM BICARA ILMU: REZEKI BARAKAH DI MUSIM SUSAH2022-09-19T11:26:11+08:00

PEMERKASAAN KOMUNITI MELALUI INSENTIF BANTUAN PERNIAGAAN PEB HELANG 2021

Langkawi, 13 Disember 2021 – LADA telah menyalurkan insentif bantuan perniagaan Projek Ekonomi Baru (PEB) di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) kepada komuniti tempatan di Langkawi. Jalinan kerjasama antara LADA dan syarikat DXN Agrotech Sdn. Bhd., telah menghasilkan peluang ekonomi baru melalui projek penternakan lobster air tawar (LAT) dan projek tanaman cendawan tiram. [...]

PEMERKASAAN KOMUNITI MELALUI INSENTIF BANTUAN PERNIAGAAN PEB HELANG 20212022-09-19T11:26:17+08:00

LANGKAWI SWIMMING FESTIVAL 2021

Langkawi, 12 Disember 2021 – Langkawi Swimming Festival 2021 (LSF) anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Tough Gorilla Ventures telah diadakan di Pantai Tanjung Rhu Langkawi. Dilaksanakan buat kali kedua setelah penganjuran edisi pertama pada tahun 2019, acara pelancongan ini diharap dapat meningkatkan imej Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat, selain turut menjadi [...]

LANGKAWI SWIMMING FESTIVAL 20212022-09-19T11:26:19+08:00
Go to Top