APLIKASI ATAS TALIAN
LADA bakal melancarkan 'platform' digital dengan penciptaan aplikasi baru kepada usahawan tempatan yang memfokuskan perniagaan produk keluaran Langkawi. Perbincangan berkaitan usahasama ini bersama sebuah syarikat vendor telah diadakan pada 11 Jun 2020 di Kompleks LADA. Perbincangan ini juga memberi tumpuan khusus kepada usahawan kecil tempatan Langkawi yang berminat untuk menyertai 'platform' secara atas talian [...]