Langkawi, 28 September 2022 – LADA dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurussalam, Ewa telah menganjurkan Program Bicara Ilmu Siri 4 2022 di Masjid Nurussalam Ewa, Mukim Ayer Hangat.
Program berkonsepkan ceramah agama ini disampaikan oleh penceramah jemputan YBhg. Ustaz Syamsul Amri Bin Hj. Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat dengan kupasan tajuk “Kekasih Kiriman Allah” bersempena sambutan Maulidurrasul yang bakal tiba tidak lama lagi. Program ilmu ini dihadiri seramai lebih 500 orang terdiri daripada komuniti setempat.
Turut hadir adalah YBrs. Tuan Ahmad Fuad Bin Che Ani@Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan) serta pegawai-pegawai LADA.
Komuniti berilmu, Langkawi maju!
#BicaraIlmu
#SyamsulDebat
#KekasihKirimanAllah
#LADABersamaKomuniti
#MasjidNurussalam