Langkawi telah terpilih sebagai tuan rumah kepada 17th Geosea Regional Congress. Persidangan ini diwakili oleh negara-negara ASEAN dan diadakan 2 tahun sekali. Pada tahun ini Malaysia dan Langkawi telah terpilih sebagai tempat persidangan kerana Langkawi merupakan Geopark pertama di Asia Tenggara serta mempunyai keunikan ekosistem dan biodiversitinya.
Persidangan ini telah dibawa masuk oleh Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM). Seramai 180 orang peserta menyertai persidangan ini dan menginap di Langkawi selama 7 hari 6 malam.
Kumpulan insentif ini telah menerima tajaan daripada LADA berupa persembahan busker serta tajaan makan malam bertempat di Bayview hotel Langkawi.
Persidangan ini juga sedikit sebanyak membantu Langkawi untuk menghadapi penilaian semula Langkawi Geopark pada tahun hadapan.