Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan program Lawatan Familirization Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovatif dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia kepada guru-guru sekolah sekitar Langkawi. Ruang Reka STIE ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 8 Ogos 2022 yang lalu sebagai usaha Kerajaan dalam membudayakan STIE bagi melahirkan masyarakat Langkawi yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Lawatan ini telah diadakan pada 27 September 2022 untuk sesi sekolah menengah yang disertai seramai 10 orang guru manakala pada 5 Oktober 2022 untuk sekolah rendah yang disertai seramai 25 orang guru sebagai pendedahan awal.
Semoga kemudahan ruang reka ini dapat memberi manfaat serta melahirkan komuniti yang berinovasi dan kreatif.
#RuangRekaSTIE
#LADABersamaKomuniti
#LangkawiBerinovasi