Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama Lembaga Koko Malaysia telah mengadakan lawatan ke produk pembuatan coklat Langkawi iaitu di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Syarikat Izzat Yap. Lawatan ini disertai oleh Cik Waffa Wahida binti Zainol, Pengurus Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan dan Puan Harnie binti Haji Harun, Pengarah Lembaga Koko Malaysia bagi meninjau dan memberi khidmat nasihat berkaitan proses penghasilan coklat dan pemasaran produk berasaskan koko.
LKIM telah mengambil inisiatif memperkenalkan produk coklat berasaskan ikan bilis dan rumpai laut (seaweed) manakala Syarikat Izzat Yap telah mengeluarkan Coklat Unik Berherba sebanyak 6 jenis berasaskan herba iaitu manjakani, tongkat ali, bunga cengkih, gamat, kacip fatimah dan kulit kayu manis.
Selain itu, LADA telah mengambil peluang mengadakan Mesyuarat Berkaitan Produk Coklat Bebas Cukai bersama stakeholder Duty Free Langkawi bagi membincangkan berkaitan pemasaran coklat-coklat tempatan ke Langkawi.
Keunikan coklat buatan tangan yang dihasilkan ini mempunyai potensi tinggi untuk mendapatkan sambutan di kalangan pengemar coklat dan mampu dipasarkan hingga ke peringkat antarabangsa. Langkawi menerima masuk sejumlah besar pelancong dari seluruh dunia dan ia sesuai untuk menjadi pemangkin kepada promosi produk coklat buatan tempatan.
#lada&usahawanlangkawi
#ladaprihatin
#bantuusahawanlangkawi