Sesi Townhall:
Blueprint Langkawi UNESCO Global Geopark 2024-2028
LANGKAWI, 13 Ogos 2023.

Sesi Townhall Blueprint Langkawi UNESCO Global Geopark yang diadakan pada hari ini bertempat di Kompleks LADA telah berjaya mengumpulkan seramai 44 peserta yang mewakili 19 agensi kerajaan/swasta/persatuan/koperasi & NGOs.

Selain perkongsian deraf blueprint yang telah disediakan, program yang dikendalikan oleh pasukan pakar yang dilantik telah berjaya mendapat input dan respons positif daripada semua pemegang taruh di Langkawi dalam menjayakan penyediaan blueprint lima tahun ini.