Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama-sama 16 industri pelancongan Langkawi yang terdiri daripada travel agent/tourism attraction/accommodation telah menyertai MATTA Fair Johor bertempat di Austin International Convention Centre (AICC), Johor Bahru.

Penyertaan program promosi ini merupakan inisiatif LADA untuk menarik pelancong domestik terutamanya di kawasan selatan semenanjung ke Langkawi. Selain itu, penganjuran program ini juga berjaya menarik warga Singapura untuk datang membeli pakej-pakej yang ditawarkan semasa program berlangsung. Sepanjang tiga hari program promosi berlangsung, booth Langkawi telah merekodkan hasil jualan sebanyak RM348,137.00.