Pada 29 Julai 2023 telah berlangsung lawatan pemantau projek yg diketuai oleh Datin Paduka Roslinah bin Md Jani SBDSP dan turut disertai oleh TSUB Puan Rozida binti Zainol Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Jurutera Daerah JKR, Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi dan Pegawai-pegawai agensi berkenaan.

Lawatan ini bertujuan bagi memastikan semua projek pembangunan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan kemajuan kerja serta kewangan mengikut jadual.