Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT), ICLEI-Local Governments for Sustainability-South Asia and Southeast Asia serta Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah melaksanakan bengkel persediaan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) di Langkawi pada 1 Ogos 2023. Bengkel yang turut melibatkan 33 agensi di Negeri Kedah dan Daerah Langkawi ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti cabaran, jurang serta peluang untuk pembangunan mampan dan rendah karbon di kawasan bandar Langkawi. Perlaksanaan GCAP juga boleh menarik pelaburan projek-projek infrastruktur berkualiti tinggi dan meningkatkan kefahaman teknikal pihak-pihak berkepentingan terutamanya untuk menarik pelaburan swasta melalui public–private partnerships (PPPs).