17 – 19 November 2023 (Jumaat – Ahad) – LADA telah membawa beberapa media terkemuka Malaysia iaitu Mstar, Oh My Media, Borak Daily, CHAM AIS dan The Vocket ke Langkawi bagi mempromosikan Pulau Langkawi kepada pasaran domestik.

Kerjasama lawatan FAM ini turut dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama pihak industri pelancongan seperti Avante Yacht Charters, Langkawi SkyCab, Eagle Nest Skywalk, Dream Forest Langkawi, Maha Tower, Langkawi Sky Atv Ride Kubang Badak Biogeo Trail, Crab Farm Langkawi dan pelbagai lagi.

Mereka turut berkesempatan merasai pengalaman sambutan Hari Mahsuri yang diadakan pada 18 November 2023 di Rumah Jebat Langkawi.

Semoga Langkawi terus menjadi destinasi pilihan para pelancong dalam negara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan FAM ini.

#lada
#langkawi
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#malaysiamadani
#langkawibestwey
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi