10 Disember 2023 – Sambutan Hari Integriti Nasional (HIN) dan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) LADA Tahun 2023 dimulakan dengan Integrity-Fit dan seterusnya Pertandingan Kembara Integriti dan Pertandingan Dapur Bonda.
Program ini disertai seramai 109 orang yang melibatkan Pegawai dan Kakitangan LADA, Anak Syarikat LADA, Kakitangan Agensi Kerajaan serta Komuniti Langkawi. Bagi Pertandingan Kembara Integriti, para peserta diuji dengan ketangkasan fizikal dan kecerdasan intelektual berkaitan integriti dan antirasuah dalam menyelesaikan tugasan dan soalan yang diberikan.
Manakala, peserta Pertandingan Dapur Bonda pula perlu mempamerkan kreativiti serta keenakan masakan berkonsepkan Melayu Tradisional menggunakan bahan misteri yang dibekalkan oleh penganjur.
Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang kedua-dua pertandingan ini!!!!!
HIN dan HARA selesai penganjuran,
Jumpa lagi di tahun depan.
#SambutanHINdanHARA2023 #integritidihatiku