Majlis telah diserikan dengan perarakan masuk ke dengan dengan alunan kompang serta persembahan silat oleh anak-anak SK Langkawi kepada tetamu-tetamu jemputan menjadi penyeri untuk pembukaan majlis. Seterusnya, majlis dimulai dengan ucapan oleh Yang di-Pertua PIBG – En Asraf Bin Ahmad dan Guru Besar merangkap Penasihat PIBG – En Hazlan Bin Ahmad Encik Rizal bin Mohd Yusof selaku Guru Besar SK Langkawi telah menyampaikan ucapan aluan dan berkongsi kisah-kisah kejayaan anak-anak pelajar sepanjang sesi 2023/2024.

Hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif LADA bagi menyampaikan ucapan perasmian, Cik Nor Amira binti Man, Penolong Pengurus Unit Khidmat Korporat yang turut menerima cenderamata penghargaan. Majlis turut dihadiri oleh Encik Shalehudin bin Biran, Penolong PPD Pengurusan Sekolah merangkap School Improvement Officer (SIO) dan Inspektor Tiatira A/P Bah Konjing – Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM).

Pada hari yang sama, telah diadakan pelancaran Kempen Jom Datang Awal Ke Sekolah SK Langkawi. Kempen ini diadakan bagi meningkatkan kehadiran awal para murid SK Langkawi ke sekolah sekaligus menimbulkan perasaan seronok murid hadir ke sekolah bagi menimba ilmu.