9 Jun 2024 (Ahad) – Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi telah menganjurkan Majlis Anugerah Apresiasi Guru SPM 2023 dengan kerjasama strategik bersama LADA bertempat di Auditorium LADA. Tuan Hj. Mohd. Kamal Bin Hashim, Pengarah PPD Langkawi telah menyampai ucapan perasmian majlis. Seramai 141 orang guru telah diberi penganugerahan di atas jasa bakti mereka bagi pencapaian SPM Daerah Langkawi bagi tahun 2023.

Sekolah Maktab Mahmud Langkawi telah menerima Anugerah Lonjakan Saujana Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2023. LADA telah berbesar hati menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000.00 di atas kejayaan tersebut. Mewakili YBhg. Dato’ KPE adalah Pn. Lina Azlina, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA . Tahniah diucapkan kepada pihak PPD Langkawi dan semua warga pendidik Langkawi. Semoga pencapaian SPM Daerah Langkawi akan bertambah baik dan terus meningkat di masa yang akan datang.

“Orang hebat dapat melahirkan karya yang bermutu, tetapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang hebat.”

Sektor Pembelajaran PPD Langkawi Maktab Mahmud Langkawi Official Kementerian Pendidikan Malaysia