Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Cabang UiTM Shah Alam, Selangor telah membawa seramai 50 orang mahasiswa yang diiringi oleh Encik Affende bin Zaini, Setiausaha Kehormat PBSM ke Langkawi sempena program Pemantapan Organisasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Para mahasiswa ini telah diberi pendedahan dan taklimat berkenaan kepentingan dan fungsi Langkawi UNESCO Global Geopark kepada ekosistem dan komuniti Langkawi oleh Encik Mohammad Shauqi bin Md Rezalli, Pegawai Penerangan LADA.

Diharapkan semua mahasiswa dapat memahami dan menyelami kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan Langkawi UNESCO Global Geopark kepada alam sekitar bukan sahaja pada masa ini tetapi untuk masa depan jua.