Langkawi telah terpilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran 𝐀𝐬𝐞𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐠𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐫𝐫𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐂𝐨𝐧𝐟𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 (𝐀𝐑𝐂𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟒 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi pada 21 hingga 23 Januari 2024.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Persidangan ini melibatkan penglibatan 150 orang peserta daripada beberapa buah badan kehakiman dan koreksional antarabangsa antaranya Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja. Bertemakan “Transforming Correction”, persidangan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dua hala antara penjara-penjara rantau Asia serta perkongsian amalan baik sistem kepenjaraan.
Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa tajaan makan malam.
Akademi Koreksional Langkawi AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA Kementerian Dalam Negeri (KDN) #NaturallyLangkawi #LangkawiBestWey #Langkawi99magicalislands