Alhamdulillah, selesai sudah program Berkah Ramadhan (BeRam) Siri 3 sekaligus penutup program BeRam pada tahun 2024 dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat dan Masjid Riyadzussolihin, Ayer Hangat.

Lebih 500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan di 2 lokasi iaitu hadapan Surau Kampung Bukit Puteri dan Masjid Riyazussolihin selepas asar. Seterusnya, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan moreh bersama penduduk setempat di Masjid Riyazussolihin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang program ini berlangsung.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan kita berjumpa lagi