Ketangkasan pemain pasukan Black Sand FC dalam perlawanan akhir Liga Bola Sepak Langkawi semalam telah berjaya merangkul kejayaan setelah pasukan itu dinobatkan sebagai Johan selepas menewaskan pasukan Perangin FC.
Perlawanan yang awalnya seri 1-1, disusuli masa tambahan 30 minit, akhirnya berpihak kepada Black Sand FC dengan mata kemenangan sepakan penalti 4-2.
Sambutan yang luar biasa diberikan oleh penduduk Langkawi malam semalam dengan anggaran hampir 3000 orang penonton telah membanjiri Stadium Kompleks Sukan Langkawi semasa perlawanan akhir berlangsung. Pembukaan acara dengan perarakan masuk bendera Fair Play bersama sebelas pemain utama kedua-dua pasukan, diiringi oleh anak-anak Kenari Kid turut berjaya menggamit sorakan semangat dan sokongan penonton.
Hadiah berupa piala pusingan, piala iringan, medal dan wang tunai berjumlah RM6,000 telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin Bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada pasukan Black Sands. Turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM4,000 adalah pasukan di tempat ke-2 iaitu Perangin United FC. Pasukan Pekan Kuah FC dan Jentayu Penarak FC masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000 setelah berkongsi di tempat ke-3 bersama. Hadiah turut disampaikan kepada pemain
terbaik
perlawanan akhir, pasukan Fair Play dan penjaring terbanyak kejohanan.
Semoga kejohanan ini dapat meniup semangat kesukanan dan menyemarakkan sukan bola sepak dalam kalangan komuniti Pulau Langkawi.
#Liga LangkawiPialaLADA
#SemarakkanBolaSepakLangkawi
#LADABersamaKomuniti
#SukanUntukKesihatan