12-14 Disember 2023 (Selasa – Khamis) – LADA dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah melaksanakan Bengkel Refresher Course Digital Document Management System (DDMS) 2.0 serta Taklimat Penggunaan Sistem Pengurusan Acara (MyGovEvent) bertempat di Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi dan Kompleks LADA.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran penggunaan DDMS 2.0 kepada pegawai dan kakitangan LADA dan memastikan aspek pengurusan rekod secara elektronik dapat ditingkatkan dan diuruskan dengan cekap dan sistematik.