Langkawi, 8 November 2021 – YBrs. Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini telah menerima kunjungan hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Hadir bagi pihak persatuan tersebut ialah Puan Siti Khadijah Hassan Berseri, Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Encik Mohd Shah Irwan Mawardi, Pembantu Ketua Operasi PPIM dan Encik Naziman Aziz, Wakil Media PPIM.

Kunjungan hormat ringkas yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara LADA dan PPIM di samping bertukar buah fikiran bagi mempelbagaikan jenis dan kaedah penyampaian bantuan kepada komuniti Langkawi yang kurang berkemampuan.

Semoga pertukaran idea ini dapat memanfaatkan semua pihak yang berkenaan.

#PPIM_LADA
#DemiKomunitiLangkawi