Kolaborasi strategik antara LADA, Qatar Airways, MAHB telah berjaya mencipta sejarah dengan membawa masuk penerbangan terus dari Doha ke Langkawi. 16 Oktober 2019 (Rabu), berlangsungnya Majlis Sambutan Dan Pelancaran Penerbangan Sulung dari Doha ke Pulau Langkawi.
Melalui penerbangan ini, seramai 239 orang penumpang dibawa masuk yang mana majlis pelancaran secara rasminya telah disempurnakan melalui sesi ‘ribbon cutting’, oleh Qatar Airways Group CEO, Akhbar Al Baker. Majlis turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan serta tetamu kehormat lain. Majlis diserikan dengan sambutan ‘water canon’ , mini bazaar tradisional serta perkenalan kepada produk lokal yg dikenali sebagai ‘geo product’. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh artis dan komuniti tempatan, yang turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada penumpang pesawat tersebut.
Sebagai permulaan positif, penerbangan terus DOH-LKW akan dilaksanakan 4 kali seminggu, dan akan dijadikan 5 kali seminggu mulai penghujung Oktober 2019. Penerbangan ini juga dijangka akan membawa nilai tambah kepada industri pelancongan Langkawi dalam tempoh masa yang panjang.