12-13 Disember 2023 | Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) meneruskan Program Geologi For Non-Geologist Sesi 1/2023 di sekitar Geotapak Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) termasuk beberapa geotapak di Formasi Machinchang, Formasi Singa, Formasi Chuping dan Formasi Setul.
Usaha ini merupakan antara inisiatif awal yang dapat membuka langkah dan minda ‘Geoparkian’ LUGGp terhadap keunikan geologi dari sudut pandang pelancongan. Ini merupakan antara platform pendekatan idea bagi menonjolkan potensi ilmu geologi terhadap masyarakat umum dan tidak terhad kepada ahli geologi profesional sahaja.
Sesi yang dijalankan selama 3 hari ini bermula dari awal pagi sehingga petang telah melibatkan kelas teori dan pengalaman kerja lapangan.
LADA berharap pengetahuan dan pengalaman yang bernilai ini dapat diguna pakai oleh para peserta di lapangan bersama masyarakat umum kelak.
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #LangkawiBestWey #GeologyforNonGeologist2023