Program IGSC (Idaman Geosite Clean Up) ke – 88 kali ini berdentum dengan kedatangan kumpulan Harley Davidson Owners Group yang turut terlibat secara langsung melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan sampah hanyut di Pantai Pulau Pasir pada hari ini.
Dianggarkan, sebanyak 220 kg sampah plastik hanyut berjaya dikumpulkan oleh para peserta program. Program IGSC yang dianjurkan oleh LADA pada setiap minggu ini merupakan satu initiatif untuk mengurangkan sampah-sampah hanyut yang terdapat di perairan Langkawi UNESCO Global Geopark agar pulau ini sentiasa terpelihara dan kekal cantik untuk keselesaan pelancong & penduduk tempatan.
Semoga dengan usaha dan kerjasama seperti ini, keindahan dan kecantikkan Langkawi UNESCO Global Geopark dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.
#langkawigeopark
#geopark
#naturallylangkawi
#UNESCO