26 Oktober 2019, berlangsungnya acara Ironman Malaysia Langkawi 2019. Acara ini merupakan acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang dijayakan melalui kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama World Endurance Malaysia Sdn Bhd dan Ironman Asia Pacific.
Pada tahun ini, seramai 2560 atlit yang diwakili daripada 8 negara telah terlibat dalam merebut kemenangan sukan berprestij ini. Mengimbas detik-detik bersemangat pada hari ini, yang mana para atlit seawal jam 745 pagi (Ironman Malaysia Pro Race) telah memulakan kejohanan ini dengan acara renang sejauh 3.8KM, diikuti acara berbasikal sepanjang 180KM dan diakhiri dengan larian marathon 42.2 KM.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah diiringi oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA di antara jam 4 petang hingga 5 petang, dengan keputusan seperti berikut:
- MALE PRO:
(I)Pertama :Javier Gomez
(2) Kedua:Philipp Koutny
(3) Ketiga:Thiago Vinhal - FEMALE PRO:
(1)Pertama:Tessa Kortekaas
(2)Kedua:Naomi Washizu
(3)Ketiga:Simona Krivankova
Semoga acara berprestij sebegini akan terus melonjakkan industri Pelancongan Langkawi seterusnya menjadikan Langkawi UNESCO Global Geopark, PERMATA Kedah sebagai salah satu destinasi ‘eco-sport’ terkemuka di dunia.