Langkawi, 29 Mac 2023 – Seramai 99 orang asnaf telah dipilih bagi menerima bantuan sempena sambutan Ramadhan Al-Kareem tahun ini.
Jelajah Ramadhan Langkawi ini diadakan dalam tiga siri bermula hari ini dan akan berakhir pada 12 April 2023.
Program ini merupakan anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan gandingan kerjasama bersama anak syarikat serta syarikat bersekutu di bawah LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), Langsura Geopark Sdn. Bhd. (LGSB) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) serta Radio Televisyen Malaysia Langkawi (RTM).
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Pengurusan) LADA, Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani semasa ditemui di Masjid Al- Ittihad, Kampung Kumpulan Langkawi hari ini menjelaskan bahawa lokasi pertama program ini adalah bertempat di Masjid Al-Ittihad, Kampung Kumpulan Langkawi. Objektif penganjuran program ini adalah untuk
1
menyantuni golongan asnaf dan mengeratkan lagi tali silaturahim serta semangat kebersamaan antara keluarga LADA, anak syarikat serta komuniti setempat.
“Program Jelajah Ramadhan LADA ini akan dilaksanakan sebanyak tiga
(3) siri dan fokus utama program adalah bagi mewujudkan hubungan mesra antara LADA, anak syarikat bersama komuniti setempat melalui program berbuka puasa, penyediaan bubur, solat berjemaah dan penyaluran bantuan kepada golongan asnaf atau komuniti yang kurang berkemampuan di mukim yang terlibat. Usaha ini akan diteruskan oleh LADA dari tahun ke tahun bagi memuliakan bulan Ramadhan di samping mengajak pihak lain untuk berinfak dalam bulan yang penuh keberkatan dan menjanjikan ganjaran pahala yang besar.” ulas Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Pengurusan) LADA.
Program ini akan diteruskan di dua lagi lokasi selepas ini iaitu Masjid At- Taqwa, Kampung Kisap, Kuah dan Masjid Al-Falah, Padang Kandang, Mukim Padang Matsirat masing-masing pada 4 April 2023 dan 12 April 2023. Penglibatan kariah di setiap masjid amatlah baik dan ia mencerminkan kerjasama yang utuh antara agensi kerajaan dan penduduk setempat.
“Alhamdulillah, seramai 33 orang asnaf dari setiap mukim yang terlibat akan menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan bernilai sekitar RM150.00 sepanjang 3 kali program ini berlangsung. Kita mengambil jumlah 33 orang penerima ini, sinonim kepada sambutan ulang tahun penubuhan LADA yang ke-33 pada tahun
ini. Sumbangan yang dihulurkan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang terlibat sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.” ujar beliau semasa ditemui pada hari ini.
-TAMAT-
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
29 Mac 2023
____________________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit
Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.