8 Ogos 2023 – LADA terus merapatkan hubungan di antara Agensi Pelancongan Singapura, Persatuan Ejen Pelancongan Kebangsaan (NATAS) Singapura dan pihak Tourism Malaysia Singapura. Kerjasama ini memfokuskan kepada hubungan kerjasama strategik di mana LADA telah membuat perancangan awal untuk mengadakan Tourism Business Meet at Langkawi 2024.

Ini adalah inisiatif memperkukuhkan hubungan pelancongan di antara negeri- negeri di Malaysia dan negara Asean di samping melonjakkan nama Langkawi menjadi destinasi Eko-Geo popular di Asia.