Agensi pelancongan Universal Holidays Travel and Tourism Sdn Bhd telah membawa masuk kumpulan insentif MICE daripada syarikat Getz Pharma Trip ke Langkawi seramai 92 orang. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan merupakan syarikat farmaseutikal terbesar di Pakistan yang bertaraf dunia bagi pengeluaran produk-produk farmasi. Kumpulan ini tiba di Langkawi pada 12 hingga 14 Ogos 2023 dan menginap di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi.

Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa tiket masuk ke Langkawi Sky Cab. Kehadiran mereka dapat membantu ekonomi penduduk tempatan dan pemain industri pelancongan yang terjejas sebelum ini dengan meningkat tourism value chain di Langkawi.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99MagicalIsland